Wednesday, June 5, 2024

ciri ciri AHLI SYURGA ..

 


Tentang sifat mereka pun dijelaskan di dalam hadits Sahl bin Sa'd radhiallahu 'anhu, dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam, dia berkata,

"Pasti ada 70.000 orang dari ummatku atau 700.000 orang (salah seorang periwayat hadits ini ragu) akan masuk surga orang pertama di antara mereka, tidak memasukinya sebelum masuk pula orang terakhir dari mereka. 

Wajah-wajah mereka seperti bulan pada bulan purnama." 

 

[HR. Bukhari]

 

Dan dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata: 

aku mendengar Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda,

"Akan masuk surga sekelompok dari ummatku sejumlah 70.000 orang. Wajah-wajah mereka bercahaya seperti cahaya bulan."

 [HR. Bukhari]

 

Tentang sifat mereka diterangkan pula di dalam riwayat Muslim dalam shahihnya dari hadits Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anhu,

 

", kemudian selamatlah orang-orang mukmin, selamat pulalah kelompok pertama dari mereka yang wajah-wajah mereka seperti bulan pada malam purnama sejumlah 70.000 orang. 

Mereka tidak dihisab kemudian orang-orang setelah seperti cahaya bintang di langit, kemudian yang seperti mereka."

 

Bagi kita semua kaum muslimin ada kabar gembira dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam di dalam hadits ini dan hadits-hadits lainnya. 

 

Adapun kabar gembira dalam hadits ini karena ada riwayat yang lain dalam Musnad Imam Ahmad, Sunan Tirmidzi, dan Sunan Ibnu Majah dari hadits Abu Umamah dari Nabi Shalallahu 'Alaihi Wassalam, dia berkata,

 

"Rabbku 'Azza wa Jalla telah menjanjikan kepadaku bahwa ada dari ummatku yang akan masuk surga sebanyak 70.000 orang tanpa hisab ataupun adzab beserta setiap ribu orang ada 70.000 orang lagi dan tiga hatsiyah dari hatsiyah-hatsiyah Allah 'Azza wa Jalla."

 

Maksudnya, jumlah sebenar umat Rasulullah s.a.w. yang dapat memasuki ke syurga tanpa hisab adalah lebih dari jumlah 70,000 seperti yang digambarkan dalam hadis di atas. 

 

Ia kerana janji Allah akan menambahkan lagi jumlah tersebut kepada setiap seribu dari jumlah 70,000 itu ditambah lagi dengan 70,000 yang lainnya.

 

Ini bermakna hampir setengah juta (4,900.000) umat nabi Muhammad s.a.w. termasuk kita semua yang berpeluang ke syurga tanpa hisab. 

 

Itu tidak termasuk lagi dengan hatsiyah-hatsiyah Allah iaitu bermakna 

‘tiga cedok dari tangan Allah’ 

seperti yang terkandung juga dalam hadis di atas.

 

Ciri penghuni syurga

 

Ciri penghuni syurga, termasuk dalam kalangan manusia yang istiqamah beribadah kepada Allah. 

 

Mereka ini digambarkan di dalam Surah Fussilat, ayat 30 yang bermaksud,

 

 "Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: 

 

Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):

 

 Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

 

Orang yang bertakwa kepada Allah SWT, diusir dari negerinya dan diseksa kerana berada di jalan Allah SWT juga antara ciri penghuni syurga. 

 

Di dalam firman Allah, 

Surah ali-Imran, ayat 195:  

 

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): 

 

Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; 

maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku, 

dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan mereka 

dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. 

 

Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)."

 

Pada asasnya, Allah SWT telah menetapkan bahawa syurga ini hanya akan didiami oleh hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh sahaja.

 Hal ini, dinyatakan sendiri oleh Allah SWT di dalam al-Quran:

 

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

 

Maksudnya: 

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya.”

(Surah al-Baqarah: 82)

 

No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...