Thursday, June 13, 2024

ASMAULHUSNA AR RAZZAQ ..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 
17. Ar Razzaaq
The Ever Providing

Yang Maha Pemberi Rezeki / Yang Memberi Rezeki / Maha Pengrezeki – Ia sangat suka dan sentiasa memberikan rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya.

Fadhilat Al-Razzaq:

Dibaca ‘Ya Razzaq’ 10 X dan ditiup pada empat penjuru rumah bermula sudut kanan meghadap kiblat sebelum mendirikan Solat Subuh, 
 
Insya’Allah akan dibukakan pintu rezeki untuknya, dan keluarganya terselamat daripada kepapaan dan peyakit.

‘Ya Razzaq’ dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, 
 
Insya’Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. 
 
Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar dan usaha.

Sesiapa yang mengekalkan membaca
 
‘Ya Razzaq’ setiap hari 308 X, 
 
Insya’Allah ditunaikan hajatnya kepada raja atau pemerintah dan jika kebetulan orang itu hendak memarahinya, maka terhentilah niat tersebut.

Apabila dibaca secara istiqamah 
 
‘Ya Razzaq’ 17 X, 
 
Insya’Allah ditunaikan hajatnya.

Sesiapa yang berzikir 
 
‘Ya Razzaq’ sebanyak 20 X setiap pagi sebelum makan dan minum, 
 
20 hari berturut-turut, 
 
Insya’Allah akan diberikan padanya kefahaman yang mendalam dan sempurna.


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

https://shafiqolbu.wordpress.com/


No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...