Monday, June 24, 2024

ZIKIR TASBIH DI WAKTU PAGI DAN PETANG ..

 


Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab, ayat 42:

 

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةً وَأَصِيلًا


Maksud: 

Dan bertasbihlah kepada-Nya ketika pagi dan ketika petang.


Subhanallah (سُبْحَانَ ٱللَّٰهِ) adalah merupakan lafaz tasbih yang mempunyai makna mendalam dan dianjurkan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

 

Kelebihan Mengamalkan Zikir

Antara kelebihan-kelebihan zikir adalah:


Dimulakan dengan “aku berlindung dengan Allah yang maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk” (menunjukkan setiap jiwa kita mesti menyerahkan diri kepadaNya sebelum melakukan aktiviti dan berusaha menghindarkan diri dari sesuatu yang boleh menyesatkan dari mengingati Allah.
 
Memuji kebesaran Allah dengan bertasbih
 
Mensyukuri dan mengakui segala nikmat pemberianNya.
 
Menghindari diri dari Syirik (yang disedari atau tidak)
 
Berlindung dari kejahatan makhluk dan memohon keampunan Allah.
menghindari dan melindungi diri dari sifat sedih dan gelisah, lemah diri dan pemalas, pengecut dan bakhil, serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
 
Memohon dilimpahkan kesihatan yang baik (termasuk tubuh badan, pendengaran dan penglihatan).
Mohon dihindari daripada kekafiran dan kemiskinan (kefakiran) serta dari azab kubur.
 


No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...