بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
30. Al Lathif
The Subtly Kind
Yang Maha Halus./ Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lemah Lembut –
Ia mengetahui apa sahaja dengan teliti dan mendalam serta menjadikan segala-galanya berlemah lembut dan teliti walaupun tanpa disedari manusia.
Ia juga memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia.
.
.
Fadhilat Al Lathif
.
.
Apabila ‘Ya Lathif’ dibaca
sebanyak 129 X atau 130 X,
InsyaAllah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.
.
Sesiapa menzikirkan
‘Ya Lathif’ setiap hari
sebanyak 133 X,
Allah akan memberikannya rezeki yang banyak dan tugas-tugasnya dapat diselesaikan dengan mudah.
.
Jika seseorang ditimpa penyakit, kemiskinan, kesusahan dan kesunyian, sebutlah
‘Ya Lathif’ 100 X selepas
Solat Sunat dua rakaat (tambahan),
InsyaAllah masalahnya akan diatasi dan hajatnya dimakbulkan.
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
No comments:
Post a Comment