Sunday, June 2, 2024

AHLI SYURGA ..


Firman Allah yang bermaksud: 
 
"Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: 
 
"Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu" dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), 
 
dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya."
 
 (Surah al-Baqarah, ayat 5)


Allah SWT menyebut: 
 
"(Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah SWT dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); 
 
dan mereka itulah orang yang berjaya. 
 
Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta syurga; mereka beroleh di dalam syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. 
 
Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisi-Nya pahala yang besar." 
 
(Surah al-Taubah, ayat 20 hingga 22).


Selain itu orang yang beriman kepada Allah SWT dan ayat-Nya serta sentiasa hidup dengan berserah kepada Allah SWT, adalah di antara ciri manusia yang layak menghuni syurga.
 

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah al-Zukhruf, ayat 68 hingga 70: 
 
 
"(Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh 
 
Allah Taala dengan firman-Nya):
 
 "Wahai hamba-hambaku! 
 
Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik); 
 
dan kamu pula tidak akan berdukacita. 
 
(Mereka itu ialah) orang yang beriman akan ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang Islam yang taat patuh, 
 
(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): 
 
Masuklah kamu ke dalam syurga bersama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan."

Dalam Surah as-Saaffaat, ayat 40 hingga 43 pula bermaksud: 
 
"Kecuali hamba Allah SWT yang dibersihkan daripada sebarang syirik, Mereka itu beroleh limpah kurnia yang termaklum, 
 
Iaitu buah-buahan (yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan."

Ciri penghuni syurga

Ciri penghuni syurga, termasuk dalam kalangan manusia yang istiqamah beribadah kepada Allah. Mereka ini digambarkan di dalam Surah Fussilat, ayat 30 yang bermaksud, 
 
"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: 
 
Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): 
 
Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."
 

Orang yang bertakwa kepada Allah SWT, diusir dari negerinya dan diseksa kerana berada di jalan Allah SWT juga antara ciri penghuni syurga. 
 
Di dalam firman Allah, Surah ali-Imran, ayat 195:
 
 "Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya):
 
 Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; 
 
maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya) dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agama-Ku, 
 
dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), 
 
dan yang terbunuh (gugur syahid dalam perang sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. 
 
Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)."

Hidupkan malam beribadah ..

Ciri ahli syurga ini terkandung dalam Surah Ar-Ra'd, ayat 22 hingga 24: 
 
"Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; 
 
mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; 
 
-Iaitu syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri mereka serta anak mereka; sedang malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; 
 
(Memberi hormat dengan berkata):
 
 Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. 
 
Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu."
 
 



SURAH AD DHUKAN AYAT 51 HINGGA 57 ..
 
 








No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...