45. Al Waasi’
Tha Vast/ The All Encompassing
Maha Luas Pemberian-Nya / Maha Luas KepunyaanNya / Yang Maha Luas / Menyeluruh –
Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas, iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.
Fadhilat Al Waasi’
Apabila di dalam kesulitan, maka amalkanlah ‘YA Waasi’ sebanyak 128 X setiap pagi & petang,
InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.
Sesiapa yang inginkan keperluan rohani dan material dipenuhi tanpa berharap kepada orang lain, hendaklah mewiridkan ‘YA Waasi’ sebanyak-banyaknya.
Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian, sebutlah berulang-ulang ‘Waasi’, InsyaAllah ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik.
Andai zikir YA Waasi’ diamalkan secara istiqamah, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
Apabila dibaca ‘YA Waasi’ setiap hari sebanyak 128 kali, InsyaAllah dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
https://shafiqolbu.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment