بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
16. Al Wahhaab
The Bestower
Maha Menganugerah / Maha Pemberi Kurnia / Yang Sangat Memberi – Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
Fadhilat Al- Wahhab:
Dibaca ‘Ya Wahhaab’ 40 X dalam sujud akhir Solat Dhuha, ,
Insya’Allah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat serta akan mendapat rezeki yang diluar jangkaan.
Sesiapa yang selalu di dalam kesempitan, jika dizikir
‘Ya Wahhaab’ sebanyak 100 X sesudah solat fardhu,
Insya’Allah segala kesusahan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
Bagi memenuhi sebarang keperluan, lakukan sujud 3X di halaman rumah atau masjid, kemudian tadah tangan seperti berdoa dan baca
‘Ya Wahhaab’ 100 X,
Insya’Allah segala keperluan seseorang itu dipenuhi.
Sesiapa menyebut
‘Ya Wahhaab’ berulang kali,
Insya’Allah akan dimurahkan rezeki dan dibebaskan daripada kepapaan.
Sesiapa yang beristiqamah mewiridkannya
‘Ya Wahhaab’ tiap-tiap hari atau setiap selesai solat fardhu lima waktu sekurang-kurangnya 300 X,
Insya’Allah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
https://shafiqolbu.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment