Saturday, August 31, 2024

DAKWAH DAN DOSA LISAN ..

 


 


 


 


AYAT 1- {KECELAKAAN BESAR BAGI TIAP-TIAP PENCACI, PENGEJI,} (AL-HUMAZAH 104:1)

 

Dalam ayat ini & ayat yang berikutnya Allah s.w.t menerangkan keburukan orang yang mencemuh & menghina memandang rendah kepada orang lain, kerana dia senang & kaya raya. 
 
Padahal kesenangan & kekayaannya itu tidak dapat memberinya sebarang faedah di akhirat kerana dia bakhil & tidak menggunakannya pada jalan kebajikan!
 
Apakah makna {هُمَزَةٍۢ لُّمَزَة} ini?
 
i- kata Ibnu Juzai rhm.: semua orang yang menghina kehormatan orang dengan segala perbuatan buruk itu mencaci mencela mengedit dan seumpamanya; semuanya termasuk dalam dua golongan ini!
 
ii- ada juga ulama\’ seperti Muqatil bin Sulaiman rhm. yang mengasingkannya:
 

a- {هُمَزَةٍ}- humazah ialah mengata orang di belakangnya iaitu mengumpat.

 

b- {لُّمَزَة}- lumazah pula ialah menghina mengata orang secara berdepan Hina atas mukanya terus!
Ada juga yang berkata sebaliknya- yakni tukar makna dua ini!

 

iii- ada pula yang mengasingkannya dengan mengatakan bahawa:


a- {هُمَزَةٍ}- humazah ialah hina dengan perkataan.


b- {لُّمَزَة}- lumazah pula ialah dengan perbuatan atau isyarat!


No comments:

ISTIGHFAR ,, TASBIH ,, TAHMID ,, TAHLIL DAN TAKBIR .. SERTA INNA LILLAHI WAINNA ILLAIHI ROJIUN ..

Ketika ditimpa musibah atau kesusahan, amalan zikir dan doa yang utama adalah bacaan Istirja' berserta doa dari hadis Sahih Muslim:  ...