Friday, August 16, 2024

ASMAULHUSNA 23. AR RAAFI' ..


23. Ar Raafi’
The Exalter

Yang Maha Meninggikan (makhluknya) / Maha Peninggi / Maha Mengangkat / Yang Menaikkan – Yang meninggikan darjat hambaNya. Iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat dengan memberinya kemuliaan.

Fadhilat Ar-Raafi’

Sesiapa menyebut ‘Ya Raafi’ sebanyak 100 X berulang kali pada waktu siang dan malam, maka Allah akan meninggikan martabatnya, kekayaannya serta darjatnya.

Apabila ‘Ya Raafi’ dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 X, pasti hartanya akan terpelihara daripada pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

‘Ya Raafi’ dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 X, 
 
Insya’Allah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

 Sesiapa mengamalkan ‘Ya Raafi’ 100 X pada tengah malam ke 14 haribulan hijrah, 
 
Insya’Allah dikurniakan hidup yang sempurna dan tidak bergantung harap kepada orang lain.
 

No comments:

Surah Al BAQARAH ayat 255 AYATUL KURSI

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: اللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الْحَـيُّ الْقَيُّوْمُ ۚ لَا تَأْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّلَا ن...