Berkenaan solat sunat Tahajjud, solat ini dilaksanakan, selepas bangun dari tidur dan sebelum masuk waktu subuh.[1] Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah saw ..
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي، فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ
Maksudnya:
“Tuhan yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia sewaktu masa berbaki sepertiga malam terakhir dan berfirman:
Barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan baginya.
Baransiapa yang meminta kepada-Ku nescaya aku akan memberikan (apa yang dipinta) kepadanya.
Barangsiapa yang meminta pengampunan daripada-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.” [2]
Syeikh Mustafa al-Bugha berkata:
(termasuk) yang dikehendaki dengan “turun” ialah turunnya
Ketetapan—Nya, Rahmat-Nya, Kelembutan-Nya dan Pengampunan-Nya.
Solat Tahajjud memiliki kelebihan yang besar, sepertimana disebut hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA,
bahawa Nabi SAW bersabda:
وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ؛ صَلَاةُ اللَّيْلِ
Maksudnya: “Sebaik-baik solat setelah solat fardhu ialah solat malam.”[3]
Ibn Rajab berkata:
“Waktu tahajud di malam hari adalah sebaik-baik waktu pelaksanaan solat sunat.
Ketika itu hamba semakin dekat dengan Tuhannya.
Waktu tersebut adalah saat dibukakannya pintu langit dan terkabulnya doa.
Saat itu juga adalah waktu untuk mengemukakan pelbagai hajat kepada Allah SWT.”[4]
Bermula waktu malam adalah dengan masuknya waktu Maghrib dan berakhir dengan tamatnya waktu Isyak.
Jika diambil kira waktu solat semasa di Kuala Lumpur mengikut kaedah 24 jam, waktu Maghrib bermula pada jam 19:21 dan berakhirnya waktu Isyak pada jam 05:52. Maka, jumlah waktu malam ialah 10 jam 50 minit.
Jika sepertiga malam ialah 3 jam 50 minit, maka bermulanya sepertiga malam terakhir ialah kira-kira pada
jam 02:21 sehingga Subuh.
No comments:
Post a Comment