Dari Ummi Hani binti Abu Thalib dia berkata,
“pada suatu hari Rasulullah SAW mnghampiriku ,
lalu aku berkata kepadanya,
“Wahai Rasulullah, aku sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang boleh aku lakukan dengan keadaan duduk.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, umpama kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Ismail.
Bertahmidlah kepada Allah seratus kali umpama kamu menunggang dengan seratus kuda yang dibawa kejalan Allah.
Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir kerana ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut.
Bertahlillah kepada Allah seratus kali.”
Ibnu Khalaf berkata;
saya mengira beliau bersabda:
“Kerana ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan sepertimana yang kamu lakukan itu.”
(HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)
No comments:
Post a Comment