Katakanlah (Muhammad),
"Wahai Tuhan pemilik kekuasaan,
Engkau berikan kekuasaan kapada siapa pun yang
Engkau kehendaki, dan
Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang
Engkau kehendaki.
Engkau muliakan siapa pun yang
Engkau kehendaki dan
Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki.
Di tangan-Mu lah segala kebajikan. Sungguh,
Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
Surah Ali Imran AYAT 26
Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari.
Insya’Allah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.
Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian,
Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat.
Surah Yasin Ayat 82 “Kun Fayakun”
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
“Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
‘Jadilah engkau!’.
Maka ia terus menjadi.”
(Surah Yasin: 82)
No comments:
Post a Comment