Thursday, September 12, 2024

7 GOLONGAN MENDAPAT NAUNGAN ALLAH سبحانه وتعالى DI HARI KIAMAT ..

 

Rasullullah SAW bersabda:
 
 قَالَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ، فِي ظِلِّهِ، يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ، اْلإِمَامُ الْعَادِلُ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ، وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ، اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ، وَجَمَالٍ، فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى، حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا، فَفَاضَتْ عَيْنَاه. 
 
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan
 
 Allah سبحانه وتعالى 
 
pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya: 
 
(1) Pemimpin yang adil, 
 
(2) Seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan ibadah kepada 
 
Allah  سبحانه وتعالى
 

 
(3) Seorang yang hatinya selalu terikat pada masjid,
 
 (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah سبحانه وتعالى, berkumpul dan berpisah kerana Allah  سبحانه وتعالى juga, 
 
(5) Seorang lelaki yang diajak zina oleh wanita yang kaya dan cantik tapi ia menolaknya sambil berkata ‘Aku takut kepada Allah سبحانه وتعالى’, 
 
(6) Seseorang yang bersedekah dengan menyembuyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta 
 
(7) Seorang yang berzikir kepada Allah di kala sendiri hingga meleleh air matanya basah kerana menangis.” 
 
 

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

AL KAREEM .. The Generous One, The Gracious, The Bountiful. Allah سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ is Al-Kareem (in Arabic: ٱلْكَرِيمُ) meanin...