Monday, September 9, 2024

INFAQ DAN SEDEKAH ..


 

1. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah 
(HR Muslim 2588)
 
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
 
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
 
Maksudnya:
 
 “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. 
Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” 
 
Riwayat: Muslim
 


 
2. Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah (Surah al-Baqarah, 261)
 

Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud:
 
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. 
 
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
 
Surah al-Baqarah: 261
 
 
3. Sedekah Bukti Keimanan Kepada
 Allah SWT 
(HR Muslim, 223)

 
Malah dalam surah Ali Imran ayat
 92 yang bermaksud;
 
“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan
 apa yang kalian cintai.” 
 

4. Dengan bersedekah, Dosa 
Terhapus
 (HR At-Tirmidzi, 614)
 
Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.
 
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
 
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan
 api.” 
 
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614
 

 
5. Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah (Bab As-Sadaqah)
 
 (HR Bukhari, 1764)
 

 
Hadis lengkapnya adalah:
 
 “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. 
 
“Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” 
 
Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat.
 
 Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad.
 
Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. 
 
Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” 
 
Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705
 
 
6. Naungan Pada Hari Akhirat 
 
(HR Al-Bukhari, 660)
 
Orang yang sering bersedekah akan memperoleh naungan di akhirat.
 
Orang yang sentiasa membuat kebaikan dengan bersedekah malah akan menyiapkan bekal mereka untuk akhirat dengan pengakhiran yang baik.
 
Segala kebaikan yang dilakukan pada hari ini akan dikira sebagai pertolongan dan pahala pada hari pembalasan nanti.
 
 
7. Penawar atau Ubat Kepada Penyakit 
 
(HR At-Tabrani, 10198)
 
Hadis ini berbunyi:
 
“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.” 
 
Hadis Riwayat Thabrani
 
Nikmat manakah yang kita dustakan?



8. Sedekah Jauhkan Daripada Api Neraka 
 
(HR Ahmad)
 
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
 
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
 
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” 
 
Riwayat Ahmad
 
 
 
 

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

AL KAREEM .. The Generous One, The Gracious, The Bountiful. Allah سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ is Al-Kareem (in Arabic: ٱلْكَرِيمُ) meanin...