Sunday, September 1, 2024

KEUTAMAAN SURAH AL BAQARAH ..



 FIRMAN Allah SWT:

﴿إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ٩﴾

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” 
 
(Surah al-Hijr: 9)
 
 

Di antara kelebihannya adalah sebagaimana berikut:

Sesiapa yang membaca dua ayat di akhir surah al-Baqarah akan terpelihara. 
 
 

Ini adalah sebagaimana riwayat daripada Abu Mas‘ud R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
 

الآيَتَانِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ، مَنْ قَرَأَهُمَا فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ


“Dua ayat di akhir Surah al-Baqarah, sesiapa yang membaca keduanya pada waktu malam, nescaya dua ayat itu akan memeliharanya.”

 

Riwayat al-Bukhari (4008)

Surah al-Baqarah akan membela para pembacanya. Ini adalah sebagaimana hadith daripada Abu Umamah al-Bahli R.A, bahawa
 
 Rasulullah SAW bersabda:
 

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ. اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ، وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ، فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ، أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ، تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا. اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ، وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ، وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ

 

 

Maksudnya: 

 

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya. 

 

Bacalah al-Zahrawan iaitu al-Baqarah dan Surah Ali ‘Imran 

 

kerana kedua-duanya akan datang pada hari kiamat umpama dua kepulan awan, atau dua naungan, atau dua gerombolan burung yang melebarkan sayap, demi untuk membela para pembaca kedua-duanya. 

 

Bacalah Surah al-Baqarah kerana sesungguhnya pengambilannya adalah berkat dan peninggalannya adalah kekecewaan serta ahli sihir tidak mampu mengalahkannya.”

 

Riwayat Muslim (804)

Syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah. 
 
Ini adalah sebagaimana hadith daripada Abu Hurairah R.A bahawa 
 
 Rasulullah SAW bersabda:
 
لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

 

Maksudnya: 

 

“Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu umpama kubur. 

 

Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya Surah al-Baqarah.”

 

Riwayat Muslim (780)

Selain daripada itu, berdasarkan hadith Abu Umamah al-Bahli R.A di atas, dapat kita fahami bahawa selain al-Baqarah, 

 

Rasulullah SAW turut menamakan surah ini dan Surah Ali ‘Imran sebagai al-Zahrawan. Iaitu kata dua (muthanna) daripada kata tunggal al-Zahra’ bermaksud yang menerangi atau yang bergemerlapan.

 

(Lihat Lisan al-Arab, 1/403). 

 

Al-Qurtubi menyatakan bahawa nama ini diberikan kerana kedua-dua surah ini menjadi penerang kepada para pembaca menerusi hidayah yang terkandung di dalam maksud ayat-ayatnya;

 memberikan cahaya yang sempurna kepada para pembacanya pada hari kiamat; 

juga kerana di dalam kedua-duanya terkandung nama Allah SWT Yang Teragung (اسم الله الأعظم) seperti yang terdapat dalam hadith bahawa nama Allah SWT Yang Teragung terkandung dalam dua surah ini. 

 

(Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 4/3).

 

Daripada Asma’ binti Yazid R.Anha bahawasanya 

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

اسْمُ اللَّهِ الْأَعْظَمُ الَّذِي إِذَا دُعِيَ بِهِ أَجَابَ فِي سُوَرٍ ثَلَاثٍ: الْبَقَرَةِ، وَآلِ عِمْرَانَ، وَطه

 

 

“Nama Teragung Allah SWT yang apabila didoakan dengannya, nescaya Dia akan menjawabnya. Ia terdapat dalam tiga surah, iaitu al-Baqarah, Ali ‘Imran dan Taha.”

 

Riwayat Ibn Majah (3856); Syeikh Syu ‘aib al-Arna’ut menilai sanadnya sebagai hasan.

 

Nama Allah yang paling agung
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Asma' binti Yazid, bahawa beliau berkata, 

"Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda tentang dua ayat ini iaitu ALLAHU LAA ILLAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM ..

(Al-Baqarah: 255 dan Ali Imran: 2).

 

 اَللّٰهُ لَآ اِلٰهَ اِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُۗ 2 . 

 

( QS ALI IMRAN 2 ) ..

Allah, tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahahidup, Yang terus-menerus mengurus (makhluk-Nya).

 

Sabda Baginda, 

'Sesungguhnya di dalam kedua-dua ayat ini mengandungi nama Allah yang paling agung'." 

(HR Imam Ahmad) 




Selain daripada Al-Baqarah dan Al-Zahra’ seperti yang terdapat dalam riwayat-riwayat sahih tersebut, surah ini turut dikenali dengan nama lain iaitu Sanam al-Quran.

 

 Menurut para ulama, nama Sanam al-Quran yang bermaksud puncak atau kemuncak kepada al-Quran ini, diberi kepada Surah al-Baqarah berdasarkan kepada beberapa hadith, antaranya hadith daripada Sahl bin Sa‘d R.A dan Abu Hurairah R.A, mereka berkata bahawa

 

 Rasulullah SAW bersabda:

 

إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا، وَإِنَّ سَنَامَ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ، مَنْ قَرَأَهَا فِي بَيْتِهِ لَيْلًا لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ ثَلَاثَ لَيَالٍ، وَمَنْ قَرَأَهَا نَهَارًا لَمْ يَدْخُلِ الشَّيْطَانُ بَيْتَهُ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ

 

Maksudnya: 

 

“Sesungguhnya bagi setiap perkara itu ada puncaknya. 

 

Sesungguhnya puncak al-Quran ialah Surah al-Baqarah. 

 

Sesiapa yang membacanya di rumah pada waktu malam, nescaya syaitan tidak memasuki rumahnya selama tiga malam.

 

 Dan sesiapa membacanya di waktu siang, nescaya syaitan tidak memasuki rumahnya selama tiga hari.”

Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya (3/59)

 


 


No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

AL KAREEM .. The Generous One, The Gracious, The Bountiful. Allah سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ is Al-Kareem (in Arabic: ٱلْكَرِيمُ) meanin...