Saturday, November 2, 2024

ASMAULHUSNA AL LATIF ...

 

Firman Allah SWT.


ٱللَّهُ لَطِيفُۢ بِعِبَادِهِۦ يَرۡزُقُ مَن يَشَآءُ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡقَوِىُّ ٱلۡعَزِيزُ ( ١٩ )
 

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; 

Dia memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan 

Dialah yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa. 

( Al-Syuura : 19 )

Rasulullah SAW bersabda :


لِتُخْبِرِيْنِي أَوْ لِيُخْبِرَنِيِّ اللَّطِيْفُ الْخَبِيْرُ . 

( رَوَاهُ مُسْلِمٌ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا )
 

Apakah engkau yang akan akan mengabarkannya kepadaku, atau Allah Yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui yang akan mengabarkannya kepadaku. 

( HR Muslim daripada Aisyah RA )

 

 

Baca Surah As Syura ayat 19 sebanyak 7 kali.
 
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ
 
'Allahu latifum bi 'ibadihi yarzuqu may yasya,wa huwal qawiyyul 'aziz"
 
Maksudnya:
 
“Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”

 

 
 

 

30. Al Lathif
The Subtly Kind


Yang Maha Halus./ Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha Lemah Lembut – 
 
AL LATIF mengetahui apa sahaja dengan teliti dan mendalam serta menjadikan segala-galanya berlemah lembut dan teliti walaupun tanpa disedari manusia. 
 
AL LATIF juga memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia.


Fadhilat
Al Lathif


Para peniaga yang mengamalkan zikir ‘Ya Lathif’  sebanyak mungkin, InsyaAllah ikthiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & perniagaannya maju.

Apabila ‘Ya Lathif’ dibaca sebanyak 129 X atau 130 X, InsyaAllah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

Sesiapa menzikirkan ‘Ya Lathif’ setiap hari sebanyak 133 X, Allah akan memberikannya rezeki yang banyak dan tugas-tugasnya dapat diselesaikan dengan mudah.

Jika seseorang ditimpa penyakit, kemiskinan, kesusahan dan kesunyian, sebutlah ‘Ya Lathif’
100 X selepas Solat Sunat dua rakaat (tambahan), InsyaAllah masalahnya akan diatasi dan hajatnya dimakbulkan.


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته



https://shafiqolbu.wordpress.com/



WALLAHU 'ALAM ..

No comments:

SURAH AL NAML AYAT 19 ~ DOA SEMUT ..

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَ...