Friday, November 1, 2024

ASMAULHUSNA AL WAHHAB ..



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

16. Al Wahhaab
The Bestower

Maha Menganugerah / Maha Pemberi Kurnia / Yang Sangat Memberi – 

AL WAHHAB sentiasa menganugerah hamba-hambaNya, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia. 

 

Fadhilat Al- Wahhab

 

  • Dibaca ‘Ya Wahhaab’ 40 X dalam sujud akhir Solat Dhuha, , Insya’Allah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat serta akan mendapat rezeki yang diluar jangkaan.
  • Sesiapa yang selalu di dalam kesempitan, jika dizikir ‘Ya Wahhaab’ sebanyak 100 X sesudah solat fardhu, Insya’Allah segala kesusahan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
  • Bagi memenuhi sebarang keperluan, lakukan sujud 3X di halaman rumah atau masjid, kemudian tadah tangan seperti berdoa dan baca ‘Ya Wahhaab’ 100 X, Insya’Allah segala keperluan seseorang itu dipenuhi.
  • Sesiapa menyebut ‘Ya Wahhaab’ berulang kali, Insya’Allah akan dimurahkan rezeki dan dibebaskan daripada kepapaan.
  • Sesiapa yang beristiqamah mewiridkannya ‘Ya Wahhaab’ tiap-tiap hari atau setiap selesai solat fardhu lima waktu sekurang-kurangnya 300 X, Insya’Allah akan dikabul dan hebat baginya 
  • kekayaan dan kebesarannya.


Membaca..

 

 Ya Wahhab sebanyak 300 kali setiap hari atau selepas solat fardhu, insyaa Allah akan dikurniakan kekayaan, kemakmuran dan kemasyhuran. 

 

Jika mengamalkan membaca Ya Wahhab sebanyak 41 kali di sujud terakhir solat, 

 

insyaa Allah akan dirahmati dengan harta yang banyak.

 

 

WALLAHU 'ALAM ..

 

No comments:

SURAH AL NAML AYAT 19 ~ DOA SEMUT ..

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّنْ قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ اَوْزِعْنِيْٓ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْٓ اَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلٰى وَالِدَيَّ وَ...