Maksud Solat Dhuha
Dhuha (الضحى) bermaksud “Waktu Pagi” atau “Cahaya Pagi”.
Justeru, Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang dilakukan pada waktu pagi iaitu
diantara waktu Solat Subuh dan Solat Zohor.
Kelebihan Solat Dhuha
Antara kelebihan solat Dhuha yang lain adalah dua rakaat solat Dhuha menyamai kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita.
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim:
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ، فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ، وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ، وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ، وَنَهْيٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ، وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى
Maksudnya:
“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah.
Maka
setiap tasbih (subhanallah) itu adalah sedekah,
setiap tahmid (alhamdulillah) itu adalah sedekah,
setiap takbir (allahuakbar) itu adalah sedekah,
menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah,
melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah.
Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat Dhuha.”
[Riwayat Muslim (720)]
Abu Hurairah R.A telah meriwayatkan bahawa:
Kekasihku telah berpesan kepadaku terhadap tiga perkara.
(Iaitu) berpuasa sebanyak tiga hari dalam sebulan,
dua rakaat solat dhuha,
dan supaya aku melakukan solat witir sebelum aku tidur.
— Riwayat Muslim
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment