“Bacalah al-Quran, kerana ia akan memberikan syafaat kepada para ‘sahabatnya’.
Bacalah ‘Dua Bunga’:
Surah al-Baqarah
dan
Surah Ali Imran,
kerana pada hari Kiamat nanti, keduanya akan datang seolah-olah dua gumpalan awan, atau seperti dua bayang-bayang, atau seperti dua gerombol burung-burung yang berbaris, yang akan membela para ‘sahabatnya.’
Bacalah surah al-Baqarah kerana mengambilnya (membaca/menghafal) merupakan satu keberkatan dan meninggalkannya merupakan kerugian.
Perkara ini tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang batil (jahat/buruk perangainya).”
Riwayat Muslim (1337)
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment