Allah SWT berfirman:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
(Surah al-Baqarah: 261)
Orang yang bersedekah akan mendapatkan naungan di hari akhirat.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda berkenaan 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan di hari akhirirat salah satunya adalah:
ورجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه
ما تنفقُ يمينُه
Yang bermaksud:
“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud:
“Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.”
(Riwayat al-Bukhari)
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment