Daripada Nu’man bin Basyir R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ، وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا مُشْتَبِهَاتٌ، لَا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ، فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى، يُوشِكُ أَنْ يَقَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ.
Maksudnya:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas.
Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh sebahagian manusia.
Maka sesiapa yang menjauhi perkara syubhat bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.
Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka dibimbangi akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan.
Sebagaimana pengembala yang membawa haiwan gembalaannya disekitar padang larangan, maka lambat laun dia mungkin akan memasukinya.
Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan.
Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
Riwayat al-Bukhari (45) dan
Muslim (133)
Daripada Abi Abdillah al-Nu’man bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah).
Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Maka sesiapa menjaga dirinya daripada yang syubhah itu, bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya.
Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh ke dalam perkara yang haram; seperti penggembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat-laun dia akan masuk ke dalamnya.
Ingatlah, bahawa setiap raja ada sempadannya dan ingatlah, bahawa sempadan Allah adalah apa-apa yang diharamkan-Nya.
Ingatlah, bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya.
Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu ialah hati.”
(Riwayat al-Bukhari no. 52 dan Muslim no. 1599)
No comments:
Post a Comment