Monday, November 4, 2024

SURAH AL IKHLAS - QULHU ..

 


Khasiat Surah Al-Ikhlas

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan 

‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.

 

Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:

.

1.  Tercapai Setiap Hajat

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ  1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

 .

2.  Penawar Penyakit

Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. 

Daripada Abu Hurairah;

Rasulullah SAW bersabda:  

 

“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”  

 

(HR: Ibnu Majah r.a.)

 .

3.  Menghindari Kesukaran

 

 a. Jika dibaca 3 surah ini – 

Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, 

nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

 

 b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. 

 

Allah selamatkan dari segala kejahatan.

 

WALLAHU 'ALAM ..


No comments:

LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH z'kir Jauh dari Petaka ..

. Jauh dari Petaka Makhul rahimahullah berkata:  “ Barangsiapa yang yang mengatakan  Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah  maka...