“DUNIA ITU TERLAKNAT, TERLAKNAT APA YANG DI DALAMNYA”
(Disalin dari rakaman kuliah Riyadhus Salihin, Bab 241 Keutamaan Ilmu, Hadis ke-1367, 28.12.2012)
عَن أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلمَ يَقُولُ :(( الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرَ اللَّهِ تَعالى وَمَا وَالاَهُ أَوْ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا)) رواه الترمذي وقال حديث حسن
قوله (وَمَا وَالاَهُ): أي طاعةُ اللهِ تعالى
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu dia berkata,
“Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Dunia ini terlaknat, terlaknat apa yang ada di dalamnya, melainkan zikir kepada Allah (mengingati Allah) dan apa yang menjurus kepadanya, dan orang yang berilmu serta yang mencari ilmu.”
(Hasan. Riwayat Al-Tirmidzi)
Sabdanya
“apa yang menjurus kepada Nya”:
iaitu ketaatan kepada Allah Ta’ala.
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment