Thursday, July 17, 2025

ZIKIR SURAH AL FATIHAH 40 KALI ...

 

Mudahkan Rezeki

  Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali, maka Allah SWT bukakan pintu rezeki dan dimudahkan urusan tanpa kepayahan dan kesulitan. 

Selesai bacaan Al-Fatihah sebaiknya berdoa:

“Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,

 

supaya Dikau bukakan bagiku pintu-pintu Rahmat-Mu,

 

Kurnia-Mu dan Rezeki-Mu. Dan Dikau mudahkan setiap urusanku,

 

murahkanlah bagiku dari Rezeki-Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah;

 

Sesungguhnya Dikau  berkuasa atas setiap sesuatu.

 

Daku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya,

 

kabulkanlah apa yang kuhajati…..”

 

 Hajat Tertunai

  Sesiapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah SWT, 

maka bacalah surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali di antara Solat Sunat Subuh dan Solat Fardhu Subuh selama 40 hari 

(tidak lebih) kemudian memohon kepada Allah SWT, 

maka Insya Allah akan dipenuhi keperluan hidupnya.

 

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib

kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”

 

Membaca surah Al Fatihah setiap kali selesai salat fardhu 20 kali, juga
akan mendapat manfaat dilancarkan rezekinya. 

Jika mengamalkan hal
tersebut, maka dalam sehari semalam ia telah membacanya 100 kali surah Al Fatihah. 

Allah SWT pun akan meluaskan rezekinya, dibaguskan semua
tingkahnya, terang wajah dan hatinya, serta dimudahkan segala urusannya.


WALLAHU A'LAM ..

3. Melancarkan Rezeki

No comments: