Saturday, July 5, 2025

ZIKIR ASMAULHUSNA AL KHALIQ ..



 

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

11. Al Khaliq
The Creator

Maha Pencipta / Yang Menciptakan MakhlukNya – 
 
Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi ke atas semuanya.
 
 Iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

Fadhilat Al-Khaliq


Dibaca ‘Ya Khaliq’ mengikut kemampuan atau sebanyak 731 X, Insya’Allah akan diberikan otak cerdas dan cepat menerima sesuatu pelajaran (cepat faham).


Sesiapa yang berzikir dengan ‘Ya Khaliq’ sebanyak 731 X, waktu tengah malam, Insya’Allah akan diterangkan hatinya dan dirinya.


Sesiapa yang kehilangan barangnya atau lama ditinggalkan orang yang dikasihi, maka bacalah sebanyak 5000 X, Insya’Allah ia akan kembali ia dengan perintah Allah SWT.


Dizikirkan ‘Ya Khaliq’ sebanyak-banyaknya, Allah akan menciptakan Malaikat untuk menyembah Allah bagi  pihaknya.


‘Ya Khaliq’  dibaca 100 X selama 7 hari berturut-turut, Insya’Allah dilindungi daripada kesusahan.


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

https://shafiqolbu.wordpress.com/
.

No comments: