Berikut merupakan 7 hikmah yang diperoleh buat seorang mukmin yang membaca surah pertama Al-Quran ini.
1. Mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.
Seperti yang ramai sedia maklum, Al-Quran mengandungi 30 juzuk dan 604 muka surat. Hal ini membuatkan seseorang memerlukan tempoh yang panjang dalam menghabiskan membaca sebuah Al-Quran.
2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.
Membaca surah Al-Fatihah telah dijanjikan Allah dalam menutup satu pintu neraka buat pembacanya sekaligus meningkatkan peluang seorang mukmin dalam memasuki syurga atas izin Allah.
3. Seolah-olah telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT
Sebuah lagi kebesaran surat Al-Fatihah dan kasih Allah kepada umatnya adalah Allah memberi ganjaran yang sangat besar kepada umatnya seolah-olah sedekahkan emas di jalan Allah SWT dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja.
4. Memudahkan memperoleh ilmu pengetahuan serta membersihkan hati dan fikiran
Membaca Al-Fatihah turut boleh dijadikan amalan dalam memudahkan seseorang memperoleh ilmu pengetahun dalam membersihkan hati dari fikiran yang rosak dan terpesong.
Cara-caranya adalah dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu lalu ditiupkan pada air untuk diminum selama tujuh hari.
Nescaya seseorang itu akan mudah untuk menerima ilmu pengetahuan serta mempunyai hati yang lapang dalam menerima buah fikiran yang baik.
5. Memakbulkan hajat seseorang
Surah yang mudah dibaca ini turut disyorkan ulama buat mereka yang mempunyai sesuatu hajat yang ingin dikabulkan.
Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selepas selesai solat Maghrib dan solat sunat.
6. Pembuka pintu rezeki
Surah ini turut menjadi amalan buat mereka yang mahu pintu rezekinya dibuka dengan luas dan dipermudahkan segala urusan hidup serta terhindar daripada segala kesulitan.
Amalan yang diajar adalah dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali sewaktu makan sahur.
Atas izin Allah, rezeki individu yang mengamalkannya akan dipermudahkan Allah.
7. Mengelakkan daripada sebarang gangguan sewaktu tidur
Khusus buat mereka yang mahu mengelakkan daripada diganggu sewaktu tidur dan ancaman mimpi buruk, disarankan untuk membaca
Surah Al-Fatihah sebanyak satu kali sewaktu hendak tidur, diikuti dengan
Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali dan Surah Al-Falaq serta Surah An-Nas sebanyak 1 kali sebelum tidur.
Nescaya individu tersebut akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.
Di bahagian akhir surah al-Fatihah disebutkan mengenai permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan ke jalan yang lurus, sedang surah al-Baqarah dimulai dengan petunjuk al-Kitab (al-Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.
COPY PASTE ..
JAZAK ALLAHU KHAYRAN ..
WALLAHU A'LAM ..

No comments:
Post a Comment