Saturday, February 14, 2026

TAUBATAN NASUHA CARA NYA ..


Taubat berasal dari perkataan

 تاب إلى الله توبا 

iaitu kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali.

 Ia juga membawa maksud meninggalkan maksiat.

Sesungguhnya taubat itu adalah suatu ibarat terhadap penyesalan yang mewariskan keazaman dan kehendak (untuk meninggalkan dosa)


1.Niat solat taubat


أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Usolli sunnata taubati rak’ataini lillahi taala. Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah.


2.Cara Menunaikan Solat Taubat


Rakaat Pertama:


-Setelah membaca niat, bacalah Doa Iftitah diikuti dengan surah Al Fatihah diikuti dan surah lazim (mana-mana surah).

 Kemudian, lakukan pergerakan solat seperti biasa; rukuk, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.


Rakaat Kedua:


-Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir dan ulang pergerakan seperti rakaat pertama; rukuk, iktidal, sujud, duduk diantara dua sujud.


-Setelah selesai sujud yang kedua pada rakaat kedua, duduk untuk tahiyat akhir.

 Akhiri solat dengan memberi salam. Semasa sujud akhir (sebelum bangun untuk tahiyat), ucapkanlah sebagaimana berikut

 sebanyak 40 kali: 

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 
 (La ilaha illa anta Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

3. Doa Selepas Solat Taubat

Setelah selesai solat, jangan lupa berdoa dengan khusyuk dan perbanyakkan istighfar untuk memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa yang pernah dilakukan. 

Anda boleh ucapkan istighfar berikut berulang kali:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه

“Astaghfirullah hal ‘azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih”

Maksudnya:

 Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. 

Dia hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.

Anda juga digalakkan untuk membaca doa ringkas di bawah ini selepas menunaikan solat Taubat:

لي مغفرة من عندك، وارحمني، إنك أنت الغفور الرحيما للهم إني ظلمت نفسي ظلمًا كثيرًا، ولا يغفر الذنوب إلا أنت، فاغفر

Maksudnya:

 Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar.
 Dan tiada siapa yang akan mengampuni dosa-dosaku melainkan Engkau.
 Maka ampunilah aku dengan keampunan yang besar daripada sisiMu. 
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Pengasih.








    WALLAHU A'LAM ..


No comments:

TAUBATAN NASUHA CARA NYA ..

Taubat berasal dari perkataan  تاب إلى الله توبا  iaitu kembali kepada Allah dengan sebenar-benar kembali.  Ia juga membawa maksud meninggal...