Keistimewaan dua ayat akhir dari Surah At-Taubah (juga dinamakan Ayatul Hisni) bagi sesiapa yang mengamalkannya adalah sebagai berikut;
Jika dia seorang yang lemah maka akan menjadi kuat
Jika dia seorang yang hina maka akan menjadi seorang yang mulia
Jika dia seorang yang kalah maka akan segera mendapat pertolongan
Jika dia seorang yang berkesempitan maka akan mendapat kelapangan
Jika dia seorang yang berhutang maka akan segera dapat melunasinya
Jika dia seorang yang berada dalam kesusahan maka akan hilang kesusahannya
Jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan
Apabila sampai waktu ajal kita, kita tidak akan dapat membaca 2 ayat ini walaupun sebelum ini kita dah biasa membaca dan mengamalkannya.
Maka Allah akan memberi kita petunjuk bahawa ajal kita sudah semakin hampir, dan pada saat dan waktu itu kita seakan-akan lupa ayat ini, walhal setiap hari kita membacanya.
Itu tanda ajal kita sudah hampir tiba.
No comments:
Post a Comment