Sunday, May 5, 2024

ZIKIR yg menumbuhkan tanaman di SYURGA ..



Abu Hurairah pernah bercerita, pada suatu hari saat dia sedang menanam pohon, 
 
Rasulullah SAW telah melewatinya lalu bertanya.

“Wahai Abu Hurairah, apa yang sedang engkau tanam?”

“Tanaman milikku”, kata Abu Hurairah.

Lalu Rasulullah SAW berkata lagi, “Apakah kamu mahu aku beritahukan tentang tanaman yang bagimu akan lebih baik daripada tanaman ini?”

Abu Hurairah menjawab, 
 
“Tentu wahai Rasulullah!”

Baginda bersabda:

“Ucapkanlah Subhaanallah Walhamdulillaah, 
Walaa Ilaaha Illallaah 
Wallaahu Akbar”

Maka setiap bacaan tersebut akan
menumbuhkan satu pohon di syurga bagimu”

(HR Ibnu Majah dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani)

“Daripada Ibnu Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:

“Aku telah berjumpa dengan Ibrahim AS pada malam Isra’, dia berkata kepadaku: 
 
Wahai Muhammad sampaikan salamku kepada umatmu dan beritakan kepada mereka bahawa syurga itu memiliki tanah terbaik dan air yang paling segar. 
 
Syurga itu dataran kosong (Qi’aan) dan tumbuhannya adalah (zikir) 
 
Subhanallahi Walhamdulillah 
Walaa Ilaaha Illallaah 
Wallaahu Akbar”

(HR Tirmidzi)


Abu Ayyub al-Ansari berkata bahawa pada malam Israk, Baginda Nabi SAW berlalu melintasi Nabi Ibrahim A.S.

Sejurus itu, Nabi Ibrahim A.S bertanya kepada malaikat Jibril A.S:-
“Siapakah orang yang bersamamu itu wahai Jibril?”
Jibril A.S menjawab:-
“Ini Muhammad.”
Nabi Ibrahim A.S lalu berkata:-
“Wahai Muhammad, perintahkan umatmu untuk memperbanyak menanam pokok di syurga.

 

Sebab tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas.”

 

Nabi SAW bertanya:-
 
“Bagaimanakah menanam pokok-pokok di syurga?”
Nabi Ibrahim A.S menjawab:-
“Ucapkan kalimat

 

 ‘لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ إلاّ بِاللهِ’.”
 
Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan disahihkan oleh Ibn Hibban.




No comments:

AL QURAN ~ PERTOLONGAN ALLAH SWT ..

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻛﻼﻣﻲ ﻭﺃﻧﺎ ﻫﻮ، ﻣﻦ ﻗﺎﻟﻬﺎ ﺩﺧﻞ ﺣﺼﻨﻲ، ﻭﻣﻦ ﺩﺧﻞ ﺣﺼﻨﻲ ﺃﻣﻦ ﻣﻦ ﻋﻘﺎﺑﻲ Nabi Muhammad...