Thursday, May 9, 2024

LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH..

 


 
 Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan

 – "La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah"
 
Ucapan itu dinamakan Hauqalah.

 Apabila kita ditimpa sesuatu yang kita tidak sukai, banyakkan menyebut hauqalah. 
 
Imam a-Nawawi berkata: 
 
“La haula wa la quwwata illa billah”, 
 
itulah kalimah yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahawa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. 
 
Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah SWT juga.
 
 
Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: 
 
“Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: 
 
“Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? 
 
Aku berkata: 
 
Mahu ya Rasulullah. 
 
Baginda bersabda:
 
 “La Haula wala Quwwata illa billah.”
 
 
Begitu juga hadis daripada Abu Musa, beliau berkata: 
 
“Rasulullah SAW bersabda kepadaku: 
 
“Mahukah aku tunjukkan salah satu perbendaharaan dari perbendaharaan syurga? 
 
Saya menjawab: 
 
“Mahu ya Rasulullah. 
 
Kemudian Baginda bersabda: 
 
La haula wala quwwata illa billah.”
 
 
Daripada Ibnu Mas’ud beliau berkata: 
 
“Rasulullah SAW bersabda: 
 
Wahai Muaz, adakah kamu tahu tafsir (maksud) 
 
La haula wala quwwata illa billah? 
 
Muaz menjawab: 
 
Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. 
 
Rasulullah SAW bersabda: 
 
La haula (tiada daya) dari menghindari maksiat kepada Allah melainkan dengan kekuatan Allah, wala quwwata (tiada kekuatan) atas mentaati Allah melainkan dengan pertolongan Allah SWT. 
 
Kemudian Rasulullah SAW menepuk bahu Muaz dan Baginda bersabda: 
 
“Demikianlah yang diberitahu oleh kekasihku Jibril daripada Tuhan.”
 
 
Sebenarnya apabila kita banyak menyebut Allah SWT atau berzikir mengingati-Nya sebanyak-banyaknya, ia mampu menjadi penyembuh, tetapi sekiranya kita banyak ingat kepada manusia ia boleh menjadi penyakit
 
 

 




Dalam hadits lain, dijelaskan bahwa kalimat ini juga dapat menghindarkan seseorang dari berbagai macam kemudharatan, termasuk kesedihan dan kegalauan.
 
 Dari Ibnu Abbas RA, 
 
Rasulullah SAW bersabda:


“Perbanyaklah mengucapkan 
 
Lā haula wa lā quwwata illā billāh,
 
 karena kalimat itu merupakan perbendaharaan surga. 
 
 
Dan kalimat itu menolak (menutup) 99 pintu kemudharatan, yang paling rendah adalah kesedihan dan kefakiran”. 
 
 
Begitu dahsyatnya kalimat 
lā haula wa lā quwwata illā billāh hingga Allah SWT akan mengampuni dosa orang-orang yang dengan khusyu mengucapkannya. 
 
Rasulullah SAW bersabda: 
 
“Tidaklah seorang di muka bumi mengucapkan 
 
La ilaha illallah, 
Allahu akbar, 
Subhanallah, 
Alhamdulillah dan 
La haula wa la quwwata illah billah;
 
 melainkan dosa-dosanya akan diampuni, walaupun lebih banyak dibanding buih di lautan”
 
 (HR. Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu’anhu dan dinilai sahih oleh al-Hakim dan adz-Dzahaby).

No comments:

ZIKIR SEPANJANG HAYAT ..

 Firman Allah SWT .. وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ Maksudnya: “ Dan ingatlah kepada Tuhanmu (...