قُلِ اللّٰهُمَّ مٰلِكَ الۡمُلۡكِ تُؤۡتِى الۡمُلۡكَ مَنۡ تَشَآءُ وَتَنۡزِعُ الۡمُلۡكَ مِمَّنۡ تَشَآءُ
وَتُعِزُّ مَنۡ تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَنۡ تَشَآءُ ؕ بِيَدِكَ الۡخَيۡرُؕ
اِنَّكَ عَلٰى كُلِّ شَىۡءٍ قَدِيۡرٌ ٢٦
Katakanlah (Muhammad),
"Wahai Tuhan pemilik kekuasaan,
Engkau berikan kekuasaan kapada siapa pun yang Engkau kehendaki,
dan
Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki
dan
Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki.
Di tangan-Mu lah segala kebajikan.
Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
Nabi Muhammad saw bersabda kepada Saidina Muaz,
“Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat.
Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27.
Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”
قُلِ اللَّهُمَّ
مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ
مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ ۖ بِيَدِكَ
الْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (26)
تُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَتُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ الْحَيَّ مِنَ الْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ الْمَيِّتَ مِنَ الْحَيِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (27)
Bacaan latin:
26. Qulillāhumma mālikal-mulki tu`til-mulka man tasyā`u wa tanzi'ul-mulka mim man tasyā`u wa tu'izzu man tasyā`u wa tużillu man tasyā`, biyadikal-khaīr, innaka 'alā kulli syai`ing qadīr
27. Tụlijul-laila fin-nahāri wa tụlijun-nahāra fil-laili wa tukhrijul-ḥayya minal-mayyiti wa tukhrijul-mayyita minal-ḥayyi wa tarzuqu man tasyā`u bigairi ḥisāb
Artinya: "26.
Katakanlah (Muhammad),
"Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki,
dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.
Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan
Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki.
Di tangan Engkaulah segala kebajikan.
Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu.
27. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam.
Dan Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati,
dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup.
Dan Engkau berikan rezeki kepada siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."
Rasulullah SAW mengajarkan doa untuk diberikan kemampuan membayar utang kepada salah satu sahabatnya.
Kala itu, dari kalangan sahabat Muaz RA pernah mengadu pada Rasulullah SAW mengenai utangnya kepada seorang Yahudi.
Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian,
Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan
hutang dan menunaikan segala hajat.
Nabi Muhammad saw bersabda kepada Saidina Muaz
, “Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat.
Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27.
Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.”
Surah Ali Imran mengandungi banyak sekali
keutamaan, fadhilat dan khasiat yang boleh dijadikan sebagai doa
pelindung, pembuka rezeki, pengasih, perawatan dan doa.
Rasulullah saw bersabda:
“Sesiapa mempelajari, menghafaz dan mengamalkan surah ini, dia mendapat balasan yang besar di sisi Allah سبحانه وتعالى.
Di akhirat kelak, surah ini akan berjalan bersama surah Al-Baqarah
dengan melayang-layang seperti awan, teduhan atau payung.
Ia berjalan di
hadapan tuannya.
Segala bahaya api neraka yang hendak mendatangi
tuannya, ia akan menghalang dan mempertahankannya.”
Imam ad-Dailami dari Imam Makhul mengatakan:
“Sesiapa membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka para malaikat memohon keampunan untuknya sehingga ke malam hari.”
Surah Ali ‘Imran yang mengandungi 200
ayat ini diturunkan di Madinah.
Ia dinamakan Ali Imran kerana memuatkan
kisah-kisah tentang keluarga Imran yang menyebutkan sejarah kelahiran
Nabi Isa Alaihis Salaam, persamaannya dengan Nabi Adam Alaihis Salaam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebutkan juga tentang kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda kepada Nabi Isa Alaihis Salaam.
Surah Ali Imran ini dan surah Al
Baqarah dinamakan
“Az Zahrawaani”
(dua yang cemerlang),
kerana kedua-dua
surah ini menyingkap perbagai perkara yang disembunyikan oleh para Ahli
Kitab seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa Alaihis Salaam, kedatangan Nabi Muhammad saw , perang Uhud dan Badar, penjelasan tentang keimanan, hukum-hukum syariat dan sebagainya.
https://shafiqolbu.wordpress.com/2016/06/20/fadhilat-dan-khasiat-surah-ali-imran/
Bacalah ayat 26 sebanyak 7 kali selepas solat Subuh dan 7 kali selepas solat Maghrib dan dijadikan amalan setiap hari.
Insya’Allah, akan disediakan bagi orang yang mengamalkannya rezeki untuk membayar hutang-hutangnya.
No comments:
Post a Comment