Firman Allah SWT ..
وَاذْكُر رَّبَّكَ كَثِيرًا وَسَبِّحْ بِالْعَشِيِّ وَالْإِبْكَارِ
Maksudnya:
“Dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah pada waktu malam dan pada waktu pagi.”
(Surah Ali Imran: 41)
Ibn Kathir berkata:
Ini adalah perintah untuk Zakaria agar banyak berzikir, bertakbir, bersyukur, dan bertasbih di waktu pagi dan petang.
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/41)
Kelebihan Zikir Tasbih
(سُبْحَانَ الله)
Antara kelebihan tasbih adalah:
Merupakan kalimah yang paling dikasihi di sisi Allah SWT dan berat di atas timbangan.
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ، خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ، ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Maksudnya:
Dua kalimah yang dicintai al-Rahman.
Ia ringan di atas lidah.
Ia berat di atas timbangan:
‘ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ’
(Maha Suci Allah, pujian untukNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.)
Riwayat al-Bukhari (7031)
Dihapuskan Kesalahan Meskipun Seperti Buih di Lautan
Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ قَالَ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، حُطَّتْ خَطَايَاهُ، وَإِنْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ البَحْرِ
Maksudnya:
“Barangsiapa mengucapkan
“سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِه”
(Maha Suci Allah dgn sebanyaknya pujian bagi Nya)
seratus kali dalam sehari,
(maka) akan dihapuskan kesalahan-kesalahannya, meskipun seperti buih-buih lautan.”
Riwayat al-Bukhari (6405)
Diganjarkan 1000 Kebaikan dan
Daripada Sa’d bin Abi Waqqas R.A, katanya:
كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكْسِبَ، كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ؟» فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ: كَيْفَ يَكْسِبُ أَحَدُنَا أَلْفَ حَسَنَةٍ؟ قَالَ: «يُسَبِّحُ مِائَةَ تَسْبِيحَةٍ، فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ، أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ»
Maksudnya:
“Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW,
Baginda pun bersabda:
“Apakah seseorang daripada kamu tidak mampu untuk meraih 1000 kebaikan setiap hari?”
Salah seorang yang berada di situ bertanya:
“Bagaimana seseorang dari kami boleh meraih kebaikan sebanyak 1000 itu?”
Baginda menjawab:
“Dengan bertasbih 100 kali,
maka dicatat baginya 1000 kebaikan
atau akan dihapuskan baginya
1000 kesalahan.”
Riwayat Muslim (2698)
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita dan menolong kita untuk sentiasa zikir kepada-Nya.
Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya:
“Ya Allah, tolonglah kami untuk zikir kepada-Mu,bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”
No comments:
Post a Comment