Tuesday, November 12, 2024

SURAH YASIN SERTA KEUTAMAAN NYA ..


 
Kelebihan mengamal surah Yasin adalah seperti berikut: 
 
1. Beramal dengan surah Yasin dapat menghindarkan hati yang keras .
 
Daripada Abi Ja’far Muhammad bin Ali berkata: 
 
Barangsiapa yang mendepati hatinya keras, maka tulislah ayat يس وَالقُرْءَانِ 
di dalam bekas perak yang dicampur dengan Za’faran, kemudian minumlah airnya. 
 
 2. Ganjaran membacanya seolah-olah membaca al-Quran sebanyak 10 kali 
 
Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Tirmizi, Muhammad bin Nasr dan Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Imam daripada Anas berkata,
 
 Nabi SAW bersabda, maksudnya:
 
 Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. 
 
Siapa yang membaca surah Yasin, Allah tuliskan pahala bacaan untuknya sebanyak 10 kali bacaan al-Quran. 
 
Imam Tirmizi berkata selepas mentakhrijkan hadis ini: 
 
Hadis ini adalah Gharib, ia tidak diketahui melainkan daripada hadis Humaid bin Abdul Rahman. 
 
Dalam sanadnya ada lelaki yang bernama Harun Abu Muhammad iaitu seorang syeikh yang tidak diketahui. 
Dalam hal ini, ada riwayad daripada Abi Bakar. 
Oleh yang demikian, tidak sah untuk melemahkan sanadnya.
 
 3. Diampunkan dosa orang yang membacanya 
 
 Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Abu Ya’la, Tabarani di dalam kitab Mu’ajam al-Awsat, Ibnu Mardawaih, Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Iman, daripada Abu Hurairah, daripada 
 
Nabi SAW bersabda, maksudnya: 
 
 Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari semata-mata untuk mendapat redha Allah, diampunkan dosanya pada malam itu Ibnu Kathir berkata: 
“Sanadnya baik” 
 
4. Surah yang meliputi kebaikan di dunia dan akhirat 
 

Dikeluarkan oleh Ibnu al-Durais, Ibnu Mardawaih, al-Khatib dan al-Baihaqi daripada Abu Bakar al-Siddiq berkata, 

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

Surah Yasin dipanggil di dalam Taurat sebagai al-Mua’mminah.

Yakni menjadikan orang yang membacanya mendapat kebaikan dunia dan akhirat secara menyeluruh, mendatangkan kesabaran pada ujian dunia dan akhirat dan membenteng dari kesengsaraan akhirat.

Ia juga dipanggil penghadang dan penuaian, iaitu menghalang dari kejahatan dan menunaikan setiap hajat bagi orang yang membacanya.

Barangsiapa yang membacanya diberikan ganjaran 20 kali melakukan haji dan siapa yang mendengarnya diganjarkan seribu Dinar dijalan Allah.

Dan barangsiapa yang menulis kemudian meminumnya, dimasukkan ke dalam rongga tenggoroknya sebanyak seribu ubat, seribu nur, seribu keyakinan, seribu keberkatan, seribu rahmat dan menghilangkan segala keterlampauan dan keracunan.

 


5. Surah Yasin kebanggaan Nabi Muhammad SAW

Dikeluarkan oleh al-Bazzar daripada Ibnu Abbas berkata, 

Nabi SAW bersabda berkenaan surah Yasin.

Aku sangat menyukai sekiranya surah Yasin ada (dihafaz) di hati setiap orang daripada kalangan umatku


6. Dikurniakan ganjaran mati syahid.

Dikeluarkan oleh Tabarani dan Ibnu Mardawaih, imam Suyuti berkata dengan sanad yang lemah daripada Anas berkata, 

Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang sentiasa membaca surah Yasin setiap malam, kemudian meninggal, dia meninggal dalam keadaan mati syahid.


7. Diberikan kemudahan dan kesenangan

Dikeluarkan oleh Imam ad-Darimi daripada Ibnu Abbas berkata:

Barangsiapa yang membaca surah Yasin ketika Subuh, diberikan kemudahan pada siang harinya hingga ke petang.

 

Dan barangsiapa yang membacanya pada awal malam, diberikan kemudahan pada malamnya hingga ke waktu subuh.

 


 

8. Mendapat keberkatan dan rahmat kepada si mati

Sebahagian ulama berpendapat bahawa dengan membaca surah Yasin ini segala perkara yang susah akan menjadi mudah dan membaca ke atas orang yang mati dapat menurunkan rahmat dan berkat serta memudahkan roh keluar dari orang yang mati.


Daripada Ma’qal bin Yasar berkata, Rasulullah SAW bersabda:

Bacalah ia pada orang yang mati di kalangan kamu – yakni surah Yasin.

Imam Ahmad rahimallah berkata, kami diceritakan oleh Abu al-Mughirah, Safwan menceritakan kepada kami, berkata yang maksudnya:

Para masyaikh pernah berkata: “Jika dibacakan – yakni surah Yasin – di sisi orang yang mati, ia dapat meringankannya.

 

 https://akuislam.com/blog/ibadah/doa-yasin/#kelebihan

 

WALLAHU 'ALAM ..

 

No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...