Wednesday, June 26, 2024

AYATUL KURSI .. SEBELUM TIDUR



Membaca Ayat Kursi Maksudnya: 
 
“Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al-Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta'ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi.” 
 (HR. Bukhari). 

Daripada sudut keberkatannya di dunia, sabda Rasulullah:

“Bacalah ayat Kursi kerana sesungguhnya ia mengawal jaga kamu, zuriat dan rumah tangga kamu sehingga bilik kecil di sekeliling rumahmu.” Dari segi keberkatannya dalam menghalau syaitan, sabda Rasulullah: “Di dalam surah al-Baqarah, ada satu ayat yang menjadi penghulu bagi ayat Al-Quran, tidak dibacanya dalam rumah yang ada di dalamnya syaitan melainkan keluar ia daripadanya, itulah ayat Kursi” (riwayat al-Hakim).

 

5 Kelebihan Ayat Kursi

1. Menghimpunkan Nama-Nama Allah yang Indah

Sebagai seorang mukmin, adalah penting bagi kita untuk menghayati Asmaul Husna atau nama-nama Allah sebagai tanda pengabdian diri kepada-Nya.

 

Dalam ayat ini, terhimpun segala nama dan sifat Allah seperti 

Wahdaniyyah (Maha Esa), 

al-Hayah (Maha Hidup),

 al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), 

al-‘Ilm (Maha Mengetahui),

al-Mulk (Maha Menguasai), 

al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan 

juga al-Iradah (Maha Berkehendak).

 

KELEBIHAN AYAT KURSI

Ayat Kursi sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian seorang mukmin. 


Potongan ayat ke-255 daripada Surah Al-Baqarah ini juga digelar ‘penghulu segala ayat al-Quran’ dan mempunyai keistimewaannya tersendiri.



Pengenalan Ayat Kursi
 

Ayat ini telah diturunkan dengan iringan ribuan para malaikat kerana kemuliaannya.

Ketika ayat ini diturunkan, syaitan dan iblis menjadi gempar kerana kebesaran ayat ini yang menghalang perjuangan mereka dalam menggoda umat manusia.

Oleh itu, Rasulullah SAW pun segera memerintahkan Zaid bin Tsabit, iaitu penulis wahyu untuk menulis ayat tersebut serta menyebarkannya.

 

 Ayat ini juga dipanggil Ayat Kursi kerana di dalamnya terkandung perkataan ‘Kursi’ yang membawa maksud tempat duduk yang megah serta tinggi martabat.

 

Ia juga merupakan syiar kebesaran Allah yang memiliki kekuasaan meliputi tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.

 

Bacaan Ayat Kursi Lengkap Beserta Maksud & Rumi

 

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

 

(Alloohu laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum, laa ta’khudzuhuu sinatuw walaa naum. 

Lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ardli man dzal ladzii yasyfa’u ‘indahuu illaa biidznih, 

ya’lamu maa baina aidiihim wamaa kholfahum wa laa yuhiithuuna bisyai’im min ‘ilmihii illaa bimaa syaa’ wasi’a kursiyyuhus samaawaati wal ardlo walaa ya’uuduhuu hifdhuhumaa wahuwal ‘aliyyul ‘adhiim)

 

Maksudnya:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. 

Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. 

Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. 

Kursi Allah meliputi langit dan bumi. 

Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan 

Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

 

5 Kelebihan Ayat Kursi

1. Menghimpunkan Nama-Nama Allah yang Indah

Sebagai seorang mukmin, adalah penting bagi kita untuk menghayati Asmaul Husna atau nama-nama Allah sebagai tanda pengabdian diri kepada-Nya.

Berdasarkan kitab Subul al-Salam, Ayat Kursi memiliki kelebihannya tersendiri ..

Dalam ayat ini, terhimpun segala nama dan sifat Allah seperti 

Wahdaniyyah (Maha Esa), 

al-Hayah (Maha Hidup), 

al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), 

al-‘Ilm (Maha Mengetahui), 

al-Mulk (Maha Menguasai),

 al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan

 juga al-Iradah (Maha Berkehendak).

 

 

2. Ayat Yang Paling Agung Dalam Al-Quran

Apa yang membuatkan ayat Kursi dianggap sebagai penghulu segala ayat dan mempunyai kedudukan yang teragung berbanding ayat-ayat lain dalam al-Quran? 

 

Perkara ini dijelaskan oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi :

 

إن آية الكرسي بها عشر جمل كلها ثناء على الله عز وجل، والجملة الأولى «الله لا إله إلا هو» وهي تثبت التوحيد، لا شريك لله

 

“Sesungguhnya ayat Kursi ini memiliki sepuluh bahagian ayat, kesemua pembahagian ini memuji Allah. 

Kenyataan pertama dari ayat ini dimulakan dengan nama Allah yang mana ia mengesahkan keesaan Allah dan tiada sekutu bagi Allah.”

 

3. Sebagai Pendinding Diri Daripada Syaitan Sebelum Tidur

Syaitan merupakan musuh yang nyata bagi umat Islam. Sejak ayat ini diturunkan, ia telah menjadi benteng bagi pujukan dan tipu daya syaitan.

Seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a dalam riwayat al-Bukhari, syaitan tidak akan berani mendekati mereka yang membaca Ayat Kursi sebelum tidur.

 

4. Bagi Melindungi Rumah Daripada Syaitan

Syaitan juga sangat menggeruni rumah yang melazimkan amalan membaca Ayat Kursi seperti yang dijelaskan dalam hadis ini :

 

فإنه لا يقرأها أحد إذا دخل بيته إلا خرج الشيطان

 

“Sesungguhnya, seorang yang membaca ayat Kursi setiap kali masuk ke rumahnya, maka syaitan akan keluar dari rumah tersebut.” (Tafsir Ibn Kathir)


5. ANUGERAH Ke Syurga

ZIKIR LAH SELALU SETIAP AKHIR SOLAT .. 


Fadhilat Ayat Kursi dapat dijelaskan berdasarkan hadis di bawah :

 

مَنْ قَرَأَ آيَةَ الْكُرْسِيِّ دُبُرَ كُلِّ صَلاةٍ مَكْتُوبَةٍ لَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ دُخُولِ الْجَنَّةِ، إِلا الْمَوْتُ

 

“Barangsiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selesai dari solat fardu, maka tidak ada perkara yang akan menghalangnya untuk masuk ke syurga melainkan kematian. (Iaitu hanya kematian sahaja yang menghalangnya, setelah mati, dia akan mudah ke syurga)

(HR al-Nasa’i dan al-Tabrani, dinilai Sahih oleh al-Albani).

 
 
 
AYATUL KURSI ..
 
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara 
Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
 
Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya 
Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan 
Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
 
Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya 
Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
 
Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
 
Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya 
Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
 
Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, 
Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
 
 

No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...