Sunday, June 9, 2024

AYATUL KURSI ..


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai 

 

‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar 

 

‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

 

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. 


Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. 


Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

 

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’


Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.



Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. 
 
Antaranya adalah:

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.
 
Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
 
Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
 
Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.


 
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan ..
 
Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.

Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.

Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.

Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.

Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.

Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
 
Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya

Allah SWT
mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.

Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan..

Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Terhindar daripada pencerobohan pencuri. 
 
Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
 
 
https://shafiqolbu.wordpress.com/2011/10/01/kelebihan-fadhilat-ayat-al-kursi/
 

No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...