Sunday, July 21, 2024

ASMAULHUSNA 51-60 ..


 
۞ ʾAl-Ḥaqq ۞ Al-Wakīl ۞ Al-Qawiyyu ۞ Al-Matīn ۞ Al-Waliyy ۞ Al-Hamīd ۞ Al-Mushī ۞ Al-Mubdi’ ۞ Al-Mu’īd ۞ Al-Muhyī 
 
 
ASMAULHUSNA 51-60 ..
 
51. Al-Haq: ( الحق ) 
 
Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun. 
 
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) 
 
Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu. 
 
53. Al-Qawiy: ( القوى ) 
 
Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan , iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya. 
 
54. Al-Matiin: ( المتين ) 
 
Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya. 
 
55. Al-Waliy: ( الولى ) 
 
Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka. 
 
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) 
 
Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan. 
 
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) 
 
Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya. 
 
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) 
 
Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud. 
 
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) 
 
Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya. 
 
60. Al-Muhyii: ( المحي ) 
 
Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

Makna Al Karim secara mendalam Sesuai dalam Surah Al-Isra ayat 70: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْ...