Sunday, July 21, 2024

ASMAULHUSNA 32 - 41


۞ Al-Khabīr ۞ Al-Halīm ۞ Al-‘Azhīm ۞ Al-Ghafūr ۞ As-Syakūr ۞ Al-‘Aliy ۞ Al-Kabīr ۞ Al-Hafizh ۞ Al-Muqīt 
۞ Al-Hasīb 
 
ASMAULHUSNA DARI 32 - 41 ..
 
32. Al-Haliim: ( الحليم ) 
 
Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan. 
 
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) 
 
Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan. 
 
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) 
 
Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya. 
 
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) 
 
Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil. 
 
 36. Al-’Aliy: ( العلي ) 
 
Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya. 
 
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) 
 
Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia. 
 
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) 
 
Maha Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya. 
 
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) 
 
Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani. 
 
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) 
 
Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat. 
 
 41. Al-Jaliil: ( الجليل ) 
 
Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
 
 

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

Makna Al Karim secara mendalam Sesuai dalam Surah Al-Isra ayat 70: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْ...