Mu’awwizatain mengandungi dua surah Madaniyah
iaitu
Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas
yang mempunyai sebelas jumlah ayat
iaitu lima ayat dalam
Surah Al-Falaq dan enam ayat lagi dalam Surah An-Naas.
Kedua-dua surah yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain”
atau “Ta’awuz” kerana mengandungi permohonan
perlindungan.
Ia diturunkan
apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selalu
berdoa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia,
syaitan dan juga jin setelah disihir oleh orang Yahudi.
‘Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:
أُنْزِلَ أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ
“Telah diturunkan
kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu
Al-Mu’awwizatain
(surah An-Falaq dan surah Al-Naas).”
(HR Muslim, At Tirmidzi,
An Naasa’i)
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.”
(HR.
At Tirmidzi, dari shahabat Abu Sa’id radhiallahu ‘anhu)
Ringkasan Fadhilat dan Faedahnya seperti di bawah :
1 - Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya,bacakan
sebanyak 41 kali setiap hari selama tiga, lima atau tujuh hari
berturut-turut.
Insya-Allah akan sembuh.
2 - Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman
orang-orang yang memegang kuasa,orang-orang jahat dan sebagainya,bacalah
kedua-dua surah ini sebanyak 100 kali.
3 - Juga bacalah kedua-dua surah ini seberapa banyak apabila kita sesat
jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,
Insya-Allah akan selamat.
4 - Amalkan membaca kedua-dua surah ini sebanyak tiga kali,pada waktu
pagi dan petang hari didahului dengan membaca Surah Al-fatihah dan Surah
Al-Ikhlas,
Insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup sempurna.
Aisyah menerangkan:
Bahwa Rasulullah s.a.w pada setiap malam apabila hendak tidur,beliau membaca
Surah Ikhlas,
Surah Falaq,
Surah An Naas
di tiup pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.
Sayyidina Ali menerangkan:
Pernah Rasulullah digigit kala-jengking,kemudian mengambil garam,lalu dibacakan
Surah Al-Falaq,
Surah An-Naas
dan disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.
Uqbah bin amir menerangkan:
Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah beliau membaca
surah Al-Falaq,
Surah An-Naas dan
aku pun disuruh membacanya.
No comments:
Post a Comment