Friday, July 26, 2024

ASMAULHUSNA AL WALIYY ..



Berikut ini dalil-dalil Asmaul Husna Al-Waliyy dalam Al-Quran, sebagaimana tertera dalam surah An-Nisa ayat 45 dan Al-A'raf 196.


1. Surah An Nisa Ayat 45

وَاللّٰهُ اَعْلَمُ بِاَعْدَاۤىِٕكُمْ ۗوَكَفٰى بِاللّٰهِ وَلِيًّا ۙوَّكَفٰى بِاللّٰهِ نَصِيْرًا - ٤٥

 
 
"Wallāhu a'lamu bi`a'dā`ikum, wa kafā billāhi waliyyaw wa kafā billāhi naṣīrā"
 
“Dan Allah lebih mengetahui tentang musuh-musuhmu. Cukuplah Allah menjadi pelindung dan cukuplah Allah menjadi penolong (bagimu),” (QS. An Nisa [4]:45)
 

2. Surah Al A’raf Ayat 196
 

اِنَّ وَلِيِّ َۧ اللّٰهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتٰبَۖ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصّٰلِحِيْنَ - ١٩٦

 
 
"Innawaliyyiyallāhullażī nazzalal-kitāba wa huwa yatawallaṣ-ṣāliḥīn"


 “Sesungguhnya pelindungku adalah Allah yang telah menurunkan Kitab (Al-Qur'an). 
Dia melindungi orang-orang saleh.”
 
(QS. Al A’raf [7]:196)
 

Makna Membaca 
Asmaul Husna Al-Waliyy
 
Asmaul Husna Al-Waliyy dapat dijadikan sebagai wirid dan zikir untuk mengingatkan diri bahwa hanya Allah SWT yang Maha Melindungi ciptaan-Nya dengan sebaik-baiknya.

Kemudian, selain dijadikan sebagai wirid dan zikir, Asmaul Husna Al-Waliyy juga dapat dijadikan sebagai contoh sifat dan sikap dalam menjalani kehidupan di dunia.


77. Al Waliy
The Patron

Maha Memerintah /Wali atau Pemerintah / Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah – Menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

Fadhilat Al Waliy

Memperbanyakkan zikir ‘Ya Waaliy’ setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. 
 
Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.

Agar terbuka hatinya, dibaca 
‘Ya Waaliy’ setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau ‘futuh‘.

Sesiapa menyebut ‘Ya Waaliy’ berulang-ulang, kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya, InsyaAllah keselamatan rumahnya akan terpelihara.

Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘Ya Waaliy’, InsyaAllah dia akan terselamat daripada mala petaka yang tidak disangka datangnya.

Jika ‘Ya Waaliy’ dibaca 11 kali sebelum berjumpa musuh atau pihak lawan, InsyaAllah akan dapat melembutkan hati dan menundukkannya.
 
Wallahu A’lam bishowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

https://shafiqolbu.wordpress.com/

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

Makna Al Karim secara mendalam Sesuai dalam Surah Al-Isra ayat 70: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْ...