Sunday, July 21, 2024

ASMAULHUSNA 71-80



 
۞ Al-Muqaddim ۞ Al-Mu’akhir ۞ Al-Awwal ۞ Al-Ākhir ۞ Az-Zhāhir ۞ Al-Bāthin ۞ Al-Wāli ۞ Al-Muta’ālī ۞ Al-Barri ۞ At-Tawwāb 
 
ASMAULHUSNA 71-80 ..
 
 71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) 
 
Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya. 
 
 72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) 
 
Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya. 
 
73. Al-Awwal: ( الأول ) 
 
Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud. 
 
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) 
 
Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud. 
 
 75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) 
 
Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya 
 
76. Al-Baathin: ( الباطن ) 
 
Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu. 
 
77. Al-Waalii: ( الوالى ) 
 
Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya. 
 
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) 
 
Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.
 
 79. Al-Bar: ( البار ) 
 
Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya. 
 
 80. At-Tawwaab: ( التواب ) 
 
Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

Makna Al Karim secara mendalam Sesuai dalam Surah Al-Isra ayat 70: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْ...