Saturday, July 13, 2024

AMALAN PARA WALI ALLAH ..




Rasulullah Saw pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Ada tiga macam wirid yang tidak pernah berpisah dengan para auliya (solihin) kerana faedah membaca wirid ini sangat besar fadilatnya di dunia mahu pun di akhirat.

1. Membaca 100 Kali sebelum solat Subuh.

‎سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم ،استغفرالله

Subhanallahi wa Bihamdihi Subhanallahil ‘Azhiimi, Astaghfirullaah.

Ertinya: 
Maha suci Allah dan segala pujian kepada-Nya’, 
 
‘Maha suci Allah yang Maha Besar
 
aku mohon keampunan kepadaMu ya Allah.

Wirid ini juga terkenal dengan sebutan istighfarnya para Malaikat.


2. Membaca 100 kali sesudah solat Zuhur.
 
‎لاإله إلا الله الملك الحق المبين
 
Laa ilaha illallah Al-Malikul haqqul Mubiin.
 
Tidak ada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Barang siapa membaca
 
‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ 
 
seratus kali dalam sehari 
 
maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.” 
 
(HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di tarikhnya: 12/358-359)

3. Membaca zikir ini sebelum tidur
سبحان الله
Subhanallah33x

الحمدلله
Alhamdulillah 33x

الله اكبر
Allahu Akbar 34x

Dan menutupnya dengan kalimat:

‎لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Laa ilaaha illallah wahdahu laa Syarika lah, Lahul Mulku wa Lahul hamdu Yuhyii wa Yumiitu wa Huwa ‘Alaa kulli Syai-in Qadiir.

Inilah juga kalimah yang diajarkan Rasulullah kepada puteri dikasihinya Saidatul Fatimah radhiyallahu ‘anha dan juga kepada menantunya, Saidina Ali.

Para ulama mengatakan ada rahsia yang sangat besar dalam tasbih zikir ini. 
 
Semoga bermanfaat dan kita dimudahkan dalam mengamalkannya, Aamiin.

 


No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

Makna Al Karim secara mendalam Sesuai dalam Surah Al-Isra ayat 70: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْ...