Tuesday, July 16, 2024

ASMAULHUSNA AL WAHHAB ..

 

Antaranya ialah dengan praktis zikir Al-Wahhab ini.
 
 Maksudnya: 
 
AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. 
 
Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.
 
Dia Maha Pemberi. 
 
Rahsia kehebatannya: 
 
1-Menjadi terkaya dan terkenal 
 
Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.
 
Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.
 
Peluang akan datang dengan mudah sekali. 
 
2-Permintaan dimakbulkan 
 
Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.
 
Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan. 
 
 3-Mencari pekerjaan 
 
Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.
 
Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya). 
 
4-Membayar hutang 
 
Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nawafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,
kemudian memalingkan wajah 
ke langit dan membaca 
Ya Wahhab 111 kali.
 
Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).
 
Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan. 
 
5-Menjauhi kelaparan 
 
Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.
 
 6-Dimakbulkan doa 
 
Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah. 
 
 7-Membebaskan diri 
 
Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nawafil 2 rakaat di tengah malam.
 
Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.
 
 
 
WALLAHU A'LAM ..
 
 

No comments:

Segala yg baik baik ..

...