Tuesday, July 9, 2024

Solat Zohor ..




Hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Habibah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat Zuhur dan solat sunat empat rakaat selepas solat Zuhur, maka api neraka tidak akan menyentuh dirinya.


 Kelebihan dan keistimewaan solat sunat sebelum solat Zuhur disebutkan dalam hadis-hadis berikut:

1.Waktu Pintu Langit Terbuka

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin al-Sa’ib RA katanya:

Rasulullah SAW mengerjakan solat sunat empat rakaat selepas tergelincir matahari sebelum menunaikan solat Zuhur, lantas baginda bersabda:

Sesungguhnya itu merupakan waktu di mana pintu-pintu langit dibuka, maka aku suka jika amalan solehku dinaikkan pada waktu tersebut.

— Hadis riwayat al-Tirmizi

No comments:

(Sunan Ibnu Majah 3846): Du'a that covers dunya and AKHIRAH ..

05 Mac 2026 Miladi | 15 Ramadhan  1447 Hijri   It was narrated from 'Aishah that : the Messenger of Allah (saas) taught her this supplic...