Bismillah
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:
Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu:
Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu
(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka
(tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Surah Al Insyirah Sewaktu Dalam Kesulitan
Dipermudahkan segala urusan
Terhindar dari segala masalah dan sentiasa positif
Rajin dalam beribadah
Diberi kekayaan dan terhindar dari kesempitan hidup
Selain itu, dikatakan bahawa surah Al-Insyirah perlu dibaca sebanyak 40 kali selepas solat untuk berjaya dunia dan akhirat.
WALLAHU A'LAM
No comments:
Post a Comment