Sunday, July 21, 2024

ASMAULHUSNA 81-90

 
 
 
۞ Al-Muntaqim ۞ Al-Afuww ۞ Ar-Ra`uuf ۞ Maikul Mulk ۞ Dzul Jalāli Wal Ikrām ۞ Al-Muqsith ۞ Al-Jamī’ ۞ Al-Ghaniyy ۞ Al-Mughnī ۞ Al-Māni 
 
 
ASMAULHUSNA 81-90
 
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) 
 
Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya. 
 
82. Al-’Afuw: ( العفو ) 
 
Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya. 
 
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) 
 
Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya. 
 
 84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك )
 
 Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya. 
 
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: 
( ذوالجلال والإكرام ) 
 
Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah. 
 
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) 
 
Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya. 
 
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) 
 
Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan. 
 
 88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) 
 
Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya. 
 
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) 
 
Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya. 
 
90. Al-Maani’: ( المانع ) 
 
Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan. 
 
 
 

No comments:

ASMAULHUSNA AL GHANIYY DAN AL KARIM ..

Makna Al Karim secara mendalam Sesuai dalam Surah Al-Isra ayat 70: وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِيْٓ اٰدَمَ وَحَمَلْنٰهُمْ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْ...