Penawar atau Ubat Kepada Penyakit
(HR At-Tabrani, 10198)
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاحول ولا قوة الا بالله
Penawar atau Ubat Kepada Penyakit
(HR At-Tabrani, 10198)
Daripada Muaz Bin Jabal RA, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya dan bersabda:
” يَا مُعَاذُ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ وَاللَّهِ إِنِّي لأُحِبُّكَ ” . فَقَالَ ” أُوصِيكَ يَا مُعَاذُ لاَ تَدَعَنَّ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلاَةٍ تَقُولُ اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ ”
Maksudnya:
” Wahai Muaz,
demi Allah,
sesungguhnya aku mencintaimu, demi Allah aku mencintaimu.”
Kemudian Baginda bersabda:
” Aku wasiatkan kepadamu wahai Muaz,
janganlah engkau tinggalkan di penghujung setiap kali solat untuk mengucapkan, ”
Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir dan bersyukur kepadaMu serta beribadah kepadaMu dengan baik.”
Riwayat Abu Daud (1522)
Learn knowledge.
For, learning it for the sake of Allah bring about God-consciousness,
seeking it is an act of worship,
revising it is an act of glorifying Allah,
searching for it is fighting in the way of Allah,
teaching it to those who do not know it is an act of charity,
and disseminating it to those who deserve it is an act of worship.
—Mu’adh b. Jabal
(Read on pg 44, Salaahud-Deen ibn ‘Alee ibn ‘Abdul-Mawjood, Imam Sa’eed bin Al-Musayyab (Biography). Darussalam Publishers. Riyadh:2006.)
Diriwayatkan dalam shahihain, dari sahabat Mu’awiyah radhiyallahu ‘anhu bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
“ Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan memberikan kefaqihan (pemahaman) agama baginya. “
(Muttafaqun ‘alaihi)
Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,
“Allahumma inni as-aluka bi-anna lakal hamda,
laa ilaha illa anta al-mannaan
badii’us samaawaati wal ardh,
yaa dzal jalaali wal ikram,
yaa hayyu yaa qayyum.
Ertinya:
Ya Allah,
aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu,
tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau,
Yang Banyak Memberi Kurnia,
Yang Menciptakan langit dan bumi,
Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan,
Ya Hayyu Ya Qayyum
(Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”
Kemudian Nabi SAW bersabda,
“Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut,
maka akan diijabahi.
Dan jika diminta dengan nama tersebut,
maka Allah akan beri.”
(HR. Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301 – Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)
Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca:
“Yaa Hayyu Yaa Qayyum,
bi rahmatika as-taghiits”
Ertinya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).”
(HR. Tirmidzi, no. 3524. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)
Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya),
“Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:
“Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiis,
wa as-lihlii sya’nii kullahu
wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan”
(Ertinya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup,
wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu,
dengan Rahmat Mu aku minta pertolongan,
perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari Mu selamanya).”
(HR. Ibnu As Sunni dalam ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no. 46, An-Nasa’i dalam Al-Kubra, 381: 570, Al-Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al-Hakim 1:545.
Sanad hadis ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, no. 227)
WALLAHU 'ALAM ..
Daripada Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi RA, dia berkata :
Seorang lelaki mendatangi
Rasulullah SAW, maka beliau berkata:
“Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku.
Baginda bersabda:
ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّك اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّك النَّاسُ
“Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah, dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.”
Riwayat Ibn Majah (4102) dan selainnya dengan sanad-sanad yang hasan. Hadis hasan
Narrated Aisha, Ummul Mu'minin:
The Messenger of Allah (ﷺ) said:
By his good character a believer will attain the degree of one who prays during the night and fasts during the day.
Grade: | Sahih (Al-Albani) | صحيح (الألباني) | حكم : |
Narrated Aisha, Ummul Mu'minin:
The Messenger of Allah (ﷺ) said: By his good character a believer will attain the degree of one who prays during the night and fasts during the day.
Grade: | Sahih (Al-Albani) https://sunnah.com/abudawud:4798 | صحيح (الألباني) | حكم : |
23. Ar Raafi’
The Exalter
Yang Maha Meninggikan (makhluknya) / Maha Peninggi / Maha Mengangkat / Yang Menaikkan –
Yang meninggikan darjat hambaNya. Iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat dengan memberinya kemuliaan.
Fadhilat Ar-Raafi’
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
https://shafiqolbu.wordpress.com/
Soalan:
Boleh terangkan berkenaan fadhilat surah al-Falaq dan al-Nas?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Firman Allah SWT:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ ١ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ٢ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ ٣ وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلْعُقَدِ ٤ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Maksudnya:
“Katakan wahai Muhammad,
“Aku berlindung dengan Tuhan yang mencipta dan mengurus waktu subuh dan seluruh makhluk.”
“Daripada kejahatan apa yang diciptakan.”
“Juga daripada kejahatan yang ada dalam kegelapan malam apabila ia datang.”
“Serta daripada kejahatan tukang sihir yang menghembus pada gumpalan-gumpalan dan simpulan-simpulan.”
“Dan daripada kejahatan orang-orang yang mempunyai hasad dengki apabila dia berhasad.”
(Surah al-Falaq: 1-5)
Firman Allah SWT:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ ١ مَلِكِ ٱلنَّاسِ ٢ إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ ٣ مِن شَرِّ ٱلْوَسْوَاسِ ٱلْخَنَّاسِ ٤ ٱلَّذِى يُوَسْوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ ٥ مِنَ ٱلْجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ
Maksudnya:
“Katakanlah wahai Muhammad,
“Aku berlindung dengan Tuhan manusia.”
“Pemilik dan Raja manusia.”
“Tuhan yang disembah manusia.”
“Daripada kejahatan was-was bisikan syaitan.”
“Syaitan yang mencampakkan bisikan was-wasnya dalam dada-dada manusia.”
“Syaitan dalam kalangan jin dan manusia.”
(Surah al-Nas: 1-6)
Dalam Tafsir al-Bayan (6/734-735),
dinyatakan:
Pemerhatian dilakukan kepada kitab-kitab yang menyenaraikan Fadhail Surah-surah dalam al-Quran, dan didapati terdapat beberapa riwayat sahih yang menerangkan fadhail bagi keseluruhan Surah al-Falaq ini.
Fadhail surah ini merangkumi kelebihan yang telah dinyatakan pada Surah al-Ikhlas iaitu merangkumi al-Mu’awwizat ( المعوذات ) iaitu
Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas,
juga kelebihan merangkumi al-Mu’awwizatain ( المعوذتان ) iaitu
Surah al-Falaq dan Surah al-Nas.
Antara hadith-hadith tersebut seperti yang disebutkan dalam huraian nama surah, serta hadith yang diriwayatkan daripada ‘Uqbah bin ‘Amir R.A bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
«أَلَمْ تَرَ آيَاتٍ أُنْزِلَتِ اللَّيْلَةَ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ، قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ»
Maksudnya:
“Tidakkah kamu mengetahui ayat-ayat yang telah diturunkan pada malam ini, ia merupakan ayat yang tiada tandingannya dan seumpama dengannya?; iaitu
( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ) dan (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ)
Riwayat Muslim (814)
Begitu juga riwayat daripada
‘Uqbah, katanya:
كُنْتُ أَقُودُ بِرَسُولِ اللهِ صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَاقَـتَهُ فِي السَّفَرِ، فَقَالَ لِي: «يا عُقْبَةُ، أَلَا أُعَلِّمُكَ خَيْرَ سُورَتَيْنِ قُرِئَتَا؟ « فَعَلَّمَنِي قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ. قَالَ: فَلَمْ يَرَنِي سُرِرْتُ بِهِمَا جِدًّا، فَلَمَّا نَزَلَ لِصَلاَةِ الصُّبْحِ، صَلَّى بِهِمَا صَلاَةَ الصُّبْحِ لِلنَّاسِ،فَلَمَّا فَرَغَ رسولُ الله صلَّى الله عليه وسلم مِنَ الصَّلاَةِ، الْتَفَتَ إليَّ فقال: «يا عُقْبَة كيفَ رأيتَ؟
Maksudnya:
Aku menuntun unta yang dinaiki oleh Rasulullah SAW dalam satu permusafiran.
Baginda berkata kepadaku:
“Wahai ‘Uqbah, hendakkah jika aku ajarkan kepada kamu dua buah surah yang terbaik jika dibaca?”
Rasulullah SAW mengajarkan kepadaku
( قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلْفَلَقِ) dan (قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ).
‘Uqbah R.A berkata:
Baginda tidak melihat bagaimana aku begitu amat gembira dengan kedua-dua surah tersebut.
Apabila Baginda turun daripada unta untuk mendirikan solat subuh,
Baginda menjadi imam dengan membaca kedua-dua surah tersebut.
Setelah Rasulullah SAW selesai daripada solat,
Baginda memandang ke arahku dan berkata:
“Wahai ‘Uqbah, apa pandangan kamu?”
Riwayat Abu Dawud (1462).
Syeikh Syuaib al-Arnaut menyatakan sanad hadith ini sahih
Diriwayatkan juga daripada ‘Uqbah R.A, katanya:
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللهِ: أَقْرِئْنِي مِنْ سُورَةِ يُوسُفَ أَوْ سُورَةِ هُودٍ قَالَ: يَا عُقْبَةُ، اقْرَأْ بِقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ، فَإِنَّكَ لَنْ تَقْرَأَ سُورَةً أَحَبَّ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَأَبْلَغَ عِنْدَهُ مِنْهَا، فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا تَفُوتَكَ، فَافْعَلْ
“Aku berkata,
‘Wahai Rasulullah, bacakanlah kepadaku surah Yusuf atau surah Hud.’
Beliau bersabda,
‘Wahai Uqbah, bacalah dengan mengucapkan
‘Qul a’udhu birabbil-falaq’,
karena sesungguhnya engkau tidak akan membaca sebuah surah yang lebih dicintai oleh Allah Azza wa Jalla dan lebih dapat mencapai kepada-Nya daripadanya.
Jika engkau bisa untuk tidak meninggalkannya, maka lakukanlah.'”
Riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra (7791), dan Ibnu Hibban dalam Sahih-nya (1842)
Ibnu Kathir menyatakan bahawa hadith ini telah dikuatkan oleh berbagai jalur daripada Uqbah, termasuk jalur mutawatir daripada beliau.
Hal ini memperkuat kepastian hadith daripada para pentahqiq hadith.
(Lihat Tafsir al-Quran al-’Azim, 8/533; Lihat juga Musnad Imam Ahmad, hadith no. 17341).
Hadith ini dibabkan oleh al-Nasa’i dengan tajuk
“ذِكْرُ فَضْلِ مَا يَتَعَوَّذُ بِهِ الْمُتَعَوِّذُونَ .”
Ibnu Hibban juga membabkan hadith ini dengan tajuk,
“ذِكْرُ الْبَيَانِ بِأَنَّ قِرَاءَةَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِنْ أَحَبِّ مَا يَقْرَأُ الْعَبْدُ فِي صَلَاتِهِ إِلَى اللَّهِ جَلَّ وَعَلَا”
iaitu:
peringatan tentang keterangan bahawa membaca
‘قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ’
adalah salah satu bacaan yang dibaca oleh seorang hamba dalam solatnya adalah paling disukai oleh Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.”
Justeru, hadith-hadith ini menunjukkan secara zahirnya bahawa kedua-dua surah ini merupakan surah yang disukai oleh Allah secara khas, dan bukannya untuk al-Quran secara umumnya.
Akhirnya, semoga dengan sedikit penjelasan yang diberikan ini mampu memberikan kepada kita sedikit kefahaman dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih baik. Amin.
Wallahu a`lam.
https://bukudrzulkifli.com/4554-fadhilat-surah-al-falaq-dan-al-nas/
Allah SWT telah menetapkan lapan golongan asnaf yang diberikan zakat kepada mereka di dalam al-Quran. Allah SWT berfirman: إِ...