Fadhilat Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :
1. Mengusir Iblis Dan Syaitan
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan
apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan
syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas
(sebanyak 3 kali).
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca ‘Bismillah’.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Membaca ketika memasuki rumah juga dapat menyingkirkan penghuni rumah dan jirannya daripada kefakiran dan kemiskinan.
.
2. Sebahagian Al-QuranDari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid.
Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap.
Rasullullah SAW bersabda,
“Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
.
Abu Hurairah r.a. Sabda Rasullullah SAW;
“Sesungguhnya ganjaran Surah Al-Ikhlas satu pertiga Al Quranul Qariim.”
(Di riwayatkan oleh Imam Bukhari)
Sabda Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an”
(Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).
Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”.
3. Khatam Al-Quran
Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran.
Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
“Sesiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-Quran seluruhnya.”
(Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy)
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
“Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?”
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW:
“Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
No comments:
Post a Comment